Kamis, 02 April 2015

PANDUAN PENYIRAMAN MENGGUNAKAN KOMPOS TEH

Kompos teh adalah cecair yang berasal dari bahan kompos yang dicairkan dan ditambah dengan gula perang atau molussa pada sukatan tertentu dan di oksigenkan menggunakan pam aquarium selama 3 jam lebih atau sehingga buih-buihnya timbul ke permukaan. Baunya harus bau tanah alami dan bukannya bau telur busuk atau seumpamanya. Cara membuat kompos teh tanomkinotuan belajar melalui internet dan pengalaman sendiri.


Tanomkinotuan sudah lama tidak Memproses kompos teh. Selepas tanomkinotuan memproses baja cecair ikan satu baldi bulan November tahun lepas dalam kualiti yang banyak maka simpanan baja cecair organik dapat menambung untuk pembajaan sayuran di KBR hingga kini yang diselang selikan dengan baja NPK organik. Tetapi tanomkinotuan beralih angin untuk mengguna semula kompos teh baja sayuran di KBR.

Berikut panduan mengunakan kompos teh pada sayuran daun, buah dan tanaman lain seperti herba dan buah-buahan.


Sediakan baldi berisi air, seboleh-bolehnya guna air hujan atau air non-klorin. Kompos teh dan penyiram sayur.


Isikan baldi yang menampung 3 liter air, guna air kolam atau air hujan (non-klorin). Tambah 1 liter kompos teh ke dalam baldi berisi air, gaul sebati.


Siram pada sayur secara keseluruhannya. Lakukan pada petang agar kompos teh berkesan pada tanaman. Penyiraman kompos teh boleh dilakukan pada 2 minggu sekali. Anda boleh selang selikan dengan baja NPK dan baja cecair ikan.

Tips menggunakan kompos teh pada sayur anda:

1. Cuba siram pada satu pokok sayur terlebih dahulu untuk melihat tindakbalas pada sayur. Jika daun sayuran mengalami simptom terbakar, layu atau melecur. Kurangkan dos kompos teh anda sehingga anda mendapat dos yang sesuai.

2. Lakukan penyiraman pada waktu petang agar dapat mengurangkan kesan tindakbalas yang kurang diingini.

3. Anda boleh menggunakan bahan kompos (yang boleh dibeli di kedai), tahi cacing, tanah lembab dan juga kompos kelapa sawit untuk memproses kompos teh di rumah.

4. Anda juga boleh menggunakan spray penyembur untuk spray sayuran anda.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar