Jumat, 11 September 2015

PANDUAN MEMBIAKKAN POKOK PANDAN DARI ANAK TUNAS



Pokok pandan adalah pokok yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia dalam penyedian makanan sama ada sebagai pewarna, perisa, pembungkus mahupun sebagai hiasan/dekorasi makanan.

Untuk membiakkan pokok pandan memerlukan tunas baru/anak pokoknya sebagai pembiakan. Pilih anak pokok yang sihat dan mempunyai akar supaya ia mudah tumbuh dengan cepat.

Setelah anda pastikan mana anak pokok yang dipilih, tanggalkan anak pokok dari induk utama dengan menarik atau memotongnya dengan pisau tajam. Tanomkinotuan telah memilih 2 batang anak pokok yang tumbuh dekat dengan tanah kerana tanonkinotuan percaya kedua anak pokok pandan tersebut sudah mempunyai akar.


Sediakan polibag atau pasu untuk bekas semaian, isi tanah atau potting soil/tanah pasu ke dalamnya dan tanam anak pokok pandan ke dalam polibag sambil menekan tanahnya secara perlahan-lahan. Jangan lupa menyiramnya dengan air.


Setelah anak pokok pandan disemai dalam polibag. Simpan polibag tersebut ditempat teduh sekurang-kurangnya 1 minggu barulah didedahkan dengan cahaya matahari untuk pertumbuhan yang cepat. Seterusnya pindahkan pokok pandan ke tanah atau pasu besar jika pokok tersebut sudah besar atau saiz polibag sudah tidak mampu menampung pertumbuhan pokok. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar