Selasa, 05 Mei 2015

CARA DAN PANDUAN MENYEMAI BENIH HERBA THYME PERANCIS MUSIM PANAS

Benih thyme perancis
Herba Thyme Perancis Musim Panas atau Franch Summer Thyme adalah tumbuhan yang boleh hidup bertahun-tahun (perennial plant) dan tumbuhan herba ini berasal dari mediterranean, popular digunakan dalam kulinari di negara-negara Barat. Thyme Perancis Musim Panas adalah jenis thyme yang sangat aromatik berbanding jenis thyme yang lain. Nama saintifik bagi herba ini ialah Thymus vulgaris. Berikut tanomkinotuan kongsikan cara menyemai benih thyme;

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Benih thyme perancis musim panas.

2. Satu bekas cup plastik.

3. Satu cup tanah hitam/kebun.

4. 1 cup kompos kelapa sawit.

5. Setengah cup pasir sungai.

6. Air tanpa klorin yang ditambah serum EM1 (EM1 inoculant microbial) untuk menyiram atau spray dalam nisbah 2 sudu makan serum EM1 dan 1 liter air tanpa klorin.

Thyme usia 5 hari

Cara penyediaanya;

1. Campurkan tanah hitam/kebun, kompos dan pasir sungai ke dalam bekas lain. Gaul hingga media tersebut sebati sepenuhnya.

2. Masukkan media tersebut ke dalam cup plastik hingga penuh dan hentak-hentakkan cup tersebut secara perlahan-lahan agar tanah menjadi sedikit padat.

3. Taburkan benih thyme perancis di permukaan media. Elakkan benih terlalu rapat. Anda boleh menambah sedikit tanah pada benih dan tabur.

4. Siram atau sembur menggunakan air tanpa klorin yang dicampurkan dengan serum EM1 hingga media menjadi basah.

5. Simpan cup plastik anda ditempat teduh tetapi masih terkena haba matahari atau letakkan cup plastik di tempat yang terkena matahari di tempat tersebut pada waktu pagi.

6. Dalam tempoh 3 hari, benih thyme anda mula bercambah dengan baik.

7. Selepas 3 minggu alihkan anak pokok thyme anda pada pasu yang sesuai atau pada batas. Thyme perancis sesuai ditanam pada keadaan cuaca di negara kita dan tahan pada cahaya matahari yang terik untuk tumbuh dengan baik.


Tips menyemai benih thyme;

1. Anda boleh mengantikan media di atas dengan menggunakan potting soil yang boleh dibeli di kedai pertanian.

2. Anda juga boleh menggunakan media campuran kompos, perlite dan vermiculite dengan nisbah 2:1:1.

3. Pastikan cup plastik anda tidak didatangi oleh semut. Dikhuatiri merosakkan benih thyme anda.

4. Pastikan juga media keadaan lembab sentiasa. Sembur campuran EM1 jika tanah kering. Serum EM1 berfungsi untuk mempercepatkan percambahan benih thyme.

5. Media jangan terlalu basah (wet), benih akan lemas dan tidak bercambah.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar