Sabtu, 19 September 2015

ALTERNATIF BAJA DARIPADA AIR AQUARIUM ANDA


Air keruh dan sudah boleh ditukar

Tahukah anda bahawa air aquarium ikan peliharaan di rumah mempunyai manfaat pada kebun anda? Di sini tanomkinotuan ingin berkongsi pengetahuan secara santai kepada pembaca mengenai air aquarium yang mempunyai kebaikan dan manfaat pada kesuburan tanah. 

Namun sebelum itu, pernahkah pembaca mengetahui istilah aquaponic? Apakah aquaponic? 

Aquaponic sama sistemnya dengan hidroponic di mana sistem baharu untuk menanam sayuran tanpa tanah. Beza aquaponic dengan hidroponic ialah aquaponic menggunakan sisa air ikan untuk media seterusnya membekalkan zat makanan kepada tumbuhan anda sedangkan hidroponic menggunakan media air sebagai tanaman dengan menambah sebatian baja cecair ke dalamnya. Antara keduanya sistem aquaponic lebih kepada organik sifatnya.

Berbalik kepada tajuk entry kita, sesiapa yang ada memelihara ikan di rumah khususnya dalam aquarium saiz kecil atau sederhana sudah tentu akan menukarkan air di dalamnya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Kerana airnya sudah bertukar menjadi keruh dan bercampur dengan tahi ikan. Kadang-kadang menimbulkan aroma yang tidak menyenangkan.

Air aquarium yang dibuang tadi sebenarnya kaya dengan nutrient yang baik untuk pertumbuhan pokok buah-buahan, herba, bunga-bungaan dan sayuran. Apa kata ikuti langkah di bawah untuk manfaatkan air aquarium buangan untuk kesihatan dan pertumbuhan tanaman anda di laman rumah.

Sekiranya anda ingin menukarkan air aquarium sedia ada, pertama alihkan ikan peliharaan anda ditempat selamat. Seterusnya tuang air aquarium tersebut ke dalam baldi atau bekas sesuai.   

Bersihkan aquarium anda dan isi air bersih hingga penuh dan masukkan ikan anda ke dalamnya. 

Tanomkinotuan mempunyai seekor ikan puyu (Kadazandusun: koruk) yang dipelihara dalam aquarium. Aquarium tersebut memang kosong tanpa adanya aksesori di dalamnya. Ini memudahkan tanomkinotuan membersihkan dan mengantikan air aquarium tersebut. Lagipun ikan puyu tanomkinotuan tidak kesah yang penting dapat makanan yang lazat. Hehe

Air inilah selalu tanomkinotuan ambil dan siram pada sayuran di KBR. Tanah menjadi subur dan menarik minat cacing datang ke batas.

Air aquarium yang di masukkan di dalam baldi tersebut bolehlah disiram pada tanaman anda seperti pokok buah-buahan, pokok herba, pokok bunga dan sayuran. Caranya sama ada disiram secara keseluruhan termasuk tanah dan tanaman atau hanya siram batas/tanah sahaja. Jangan lupa mendapan dalam air aquarium kerana itulah yang sebenarnya amat kaya dengan nutrient. 

Lakukan siraman 1 kali dalam tempoh 2 minggu. Hasilnya tanah anda lebih cantik, berkualiti dan kaya dengan zat makanan yang diperlukan oleh tanaman. 

Kaedah ini sama caranya dengan aquaponic cuma ia bersifat manual di mana kita sendiri akan menyiram menggunakan kudrat dan tenaga sedangkan sistem aquaponic pula air bersama sisa tinja ikan menuju ke tapak penanaman secara automatik untuk memberikan tanaman hidup subur dan mudah menyerap zat nutrient di dalamnya. 

Cara ini dapat mengurangkan pembelian baja di pasaran dan jimat duit poket. Apa kata pembaca di luar sana yang ada memelihara ikan di dalam aquarium, cuba kaedah ini untuk disiram pada tumbuhan anda.

Selamat bertani dan menuai hasil.

2 komentar:

  1. betul. saya hari2 siram pokok dgn air dari tong ikan kepunyaan jiran saya. dia bg free je sbb tong ikan tu kena dibersihkan hari2. hasilnya pokok bunga kerap keluar bunga dgn byk sampai bengkok ranting sbb sarat dgn bunga.

    BalasHapus
  2. Aku ada buat kolam ternakan ikan tilapia. Batas kolam baru tanam pokok limau kasturi. Setiap pagi lepas bagi makan ikan aku mesti siram pokok limau guna air dari kolam tilapia. Tak sabar nak tengok hasil tanaman lepas siram dari air ikan tilapia

    BalasHapus