Jumat, 18 September 2015

MENTERNAK CACING TANAH UNTUK BAJA


Cacing tempatan

Tentu ramai dikalangan kita yang terasa geli geleman apabila melihat cacing tanah (earthworm), tahukah anda bahawa cacing tanah boleh menyuburkan tanah /batas dengan membekalkan makanan (casting) yang tinggi pada tumbuhan. Cacing tanah juga boleh digunakan untuk membantu pengomposan sisa makanan anda dan juga bagi peminat aktiviti memancing cacing adalah mainan mereka.

Kompos tinja lembu dan rumput
Potong

Tanah hitam + kompos kelapa
Sawit

Pada selesa lepas tanomkinotuan bersembang dengan seorang makcik dalam lingkungan 40-an. Cerita hanya berkisar kepada cuaca, makanan dan tiba-tiba keluar tajuk bunga-bungaan. Seterusnya makcik menceritakan kursus yang dihadirinya tahun lepas mengenai penternakan cacing dari cara mendapatkan benih, membuat tempat pembiakan, mengolah tanah cacing dan makanan. Tertarik dengan ceritanya tanomkinotuan bertanya di mana boleh dapatkan benih cacing, dengan panduan yang diberikan bergeraklah tanomkinotuan ke rumah seorang penternak cacing bernama Mr. Wong. Beliau sudah lama berkecimpung dalam penternakan cacing ini dan harga sekilo cacing ialah RM500. Fuh! Boleh tahan harganya, cacing-cacingnya adalah cacing import dari Afrika, Australia, Britain dan Thailand. Pelbagai warna cacing yang dimilikinya seperti merah, putih, putih pucat dan ungu. Oleh kerana kesibukannya terhadap aktiviti dan program yang harus beliau hadiri maka tanomkinotuan akan mendapat benih cacing tersebut pada bulan berikutnya.

Untuk pengenalan awal, supaya tanomkinotuan tidak mengalami kerugian dengan harga cacing yang begitu mahal, tanomkinotuan telah mendapatkan cacing jenis biasa/tempatan di KBR. Tanomkinotuan berusaha mengorek 3 batas untuk mendapatkan cacing. Sambil mencari cacing sambil mengembur batas. Tidak lama lagi benih sayuran yang disemai sudah boleh ditanam. Maknanya kerja 2 dalam 1 lah kiranya. Sambil membaca info penternakan cacing di internet, sambil menyiapkan bahan yang diperlukan. 

Tanomkinotuan siapkan tinja lembu 1 baldi yang dicampurkan dengan 1 baldi rumput kerbau potong dan diperam selama 1 bulan. Pengomposan ini sudah lama tanomkinotuan praktiskan untuk baja sayuran dan telah memudahkan kerja-kerja tanomkinotuan.  Hanya pindahkan ke dalam baldi yang disediakan untuk tempat tinggal cacing dan makanannya.

Tanomkinotuan juga menyediakan tanah dan dicampurkan dengan campuran tinja lembu dan rumput potong. Tanomkinotuan gembur sehingga menjadi serpihan halus, buang segala bendasing yang tidak diperlukan.


Mula-mula tanomkinotuan campurkan tanah dengan tinja lembu dan rumput potong (dikompos) digaul hingga sebati. Seterusnya masukkan media campuran ke dalam baldi kira-kira setengah tinggi dari baldi. Tanomkinotuan masukkan cacing yang dikutip dari KBR dan tambah semula media hingga menutupi kesemua cacing tersebut.


Setelah siap semuanya, tanomkinotuan siram dengan air secukupnya dan tutup dengan kadbod. Baldi tersebut disimpan di tempat selamat. Esoknya tanomkinotuan cuba korek semula manalah tau cacing-cacing tersebut mati ka apa tetapi elok saja cacing-cacing tu dalam baldi. Selepas 1 bulan tanomkinotuan hendak periksa adakah cacing tersebut hidup baik atau sebaliknya, membiak dengan baik ataupun tidak. Namun mengikut pembacaan, cacing tempatan yang biasa produktiviti membaik adalah sangat rendah berbanding dengan cacing import. Percubaan ini adalah untuk mengenali cabaran, masalah dan pengalaman untuk penternakan cacing yang sebenarnya pada bulan depan agar kerugian dapat dikurangkan.

Berbalik pada makanan cacing, cacing menyukai tinja lembu yang sudah diproses/dikompos. Juga boleh ditambah sisa buangan dapur seperti kulit kentang, timun, kulit tembikai dan sebagainya. Hanya letak di permukaan saja tanpa menguburkannya ke dalam tanah. Kemudian tahi cacing (casting) nilah yang dikutip untuk baja. 

Perkembangan ternakan cacing belum dapat dibincangkan kerana cacing ternakan tanomkinotuan baru berusia 1 hari semasa entry ini diwujudkan. Namun harus berhati-hati dengan serangan semut, cacing tidak menyukai semut. Tanomkinotuan akan membuat laporan dari semasa ke semasa untuk tetapan pembaca.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar