Senin, 30 November 2015

PANDUAN MENGALIHKAN ANAK POKOK JAGUNG POPCORN


Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi panduan mengalihkan anak pokok jagung popcorn atau strawberry corn yang jarang ditanam di negara kita. Kita selalunya makan bertih jagung ini yang telah siap diproses sambil menonton wayang atau TV. Manalah tahu masa akan datang pembaca tergerak hati menanam pokok jagung popcorn maka ilmu menanam itu sudah ada. 

Siapa tidak mengenali biji jagung popcorn. Ini dia, buahnya kecil saja. 

Buah jagung popcorn

Anak pokok jagung popcorn

Buahnya berwarna merah. Jagung popcorn sama dengan jenis pokok jagung yang lain di mana daun, batang, bunga jantan dan buahnya keluar dari celah pangkal daun. Cuma buahnya tidak dimakan muda tetapi dikeringkan dan dijadikan popcorn seperti mana yang anda pernah lihat dan makan.


Pertama sekali gembur tanah sedalam 7 inci. Agar akarnya mudah bergerak di dalam tanah.


Korek lubang sedalam 4 inci, lebih kurang boleh tanam media pada anak pokok jagung popcorn.


Untuk lubang yang dibuat tu cukup untuk media anak pokok popcorn terbenam, cuba masukkan cup plastik dalam lubang. Jika boleh media harus terbenam ke dalam lubang. 


Bubuh segenggam kompos atau baja tinja ayam ke dalam lubang. Tabur tanah senipis mungkin di atasnya untuk mengelak akar anak pokok jagung popcorn tidak rosak.



Kemudian keluarkan anak pokok popcorn dari cup plastik dengan berhati-hati. Masukkan ke dalam lubang dan timbus semula dengan tanah disekelilungnya.


Setelah ditimbus dengan tanah, padat-padatkan sedikit tanah tu dan siram menggunakan air yang banyak kemudian ambil rumput kering tutup disekeliling anak pokok. Rumput kering dijadikan sungkupan atau mulsa bertujuan untuk melembabkan tanah disekeliling pokok jagung popcorn agar tidak kering dengan cepat. 

Pokok popcorn mula membesar selepas 2 minggu. Setelah berusia dua minggu selepas dialihkan bubuh baja NPK organik setengah genggam disekeliling pokok selepas melakukan pengemburan tanah lalu siram agar penyerapan nutrient dapat dilakukan oleh akar pokok.

Berminat atau ingin mencuba menanam jagung popcorn. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info pembelian. Harga 1 pek hanya RM2.90 sahaja.

Selamat bertani dan menuai hasil.

2 komentar:

  1. Saya ingin menanam jagung pop corn
    Bibitnya dapat dari mana
    Apa jagung popcorn yg di jual di toko bisa di buat bibit

    BalasHapus