Tani

Jumat, 04 Desember 2015

MERAWAT POKOK TOMATO BERPENYAKIT (DAUN KERINTING)


Hanya tinggal sebulan lagi kita akan meninggalkan tahun 2015 dan akan melangkah ke tahun baru 2016. Walaupun masih terlalu awal tetapi tanomkinotuan mengucapkan selamat tahun baru, semoga perancangan tahun ini semuanya berjalan lancar dan dapat diurus dengan baik. Mana-mana niat atau perancangan yang tidak dapat lakukan mungkin boleh dikehadapankan nanti.





Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi cara menyelesaikan masalah penyakit yang melanda pokok tomato. Lazimnya ada pelbagai jenis penyakit yang biasa menyerang pokok tomato. Antaranya daun mengeriting (curling leaves). Daun pada pucuk bergulung dan seperti disenggat. Kadang-kadang pokok dan daun tidak mengalami perubahan warna, hanya daun-daun berubah bentuk.

Terdapat beberapa jenis penyakit daun mengeriting ini, pertama daun mengeriting secara keseluruhannya, daun mengeriting bermula dari pucuk dan merebak ke tempat lain.

Berdasarkan pembacaan terdapat beberapa penyebab mengapa daun pokok tomato anda mengeriting. Pertamanya disebabkan oleh pembajaan berlebihan. Baja yang mengandungi nitrogen tinggi dalam media menyebabkan pokok mengalami tekanan dalam pertumbuhan seterusnya menjejaskan penyerapan nutrient. Oleh itu harus memberikan baja pokok tomato mengikut sukatan yang betul. Untuk pengetahuan semua sila guna baja yang mengandungi potasium dan kalium yang tinggi berbanding nitrogen. Ini kerana pokok tomato adalah jenis pokok berbuah, oleh itu lebihkan zat yang dinyatakan di atas. Beli dan bertanya kepada penjual baja yang sesuai untuk pokok tomato. 

Keduanya ialah serangan virus yang dibawa oleh serangga kecil. Virus tersebut mula menyerang pucuk pokok tomato dan merebak ke seluruh daun tanaman. Ia mengambil masa 3 minggu untuk melihat kesannya. Ia bertindak secara perlahan-lahan hingga anda perasan akan daun pokok tomato anda sudah diserang oleh virus.

Ketiga serangan hena, serangga berwarna putih yang melekat pada batang dan di belakang daun untuk menghisap sap/cecair pada pokok tomato. Serangan hena tidaklah teruk sangat dan masih boleh dipulihkan dengan racun organik dan kimia yang sesuai.

Tidak ada racun organik atau racun kimia dapat menghentikan serangan penyakit daun tomato mengeriting yang disebabkan oleh faktor pertama dan kedua di atas. Walaubagaimanapun, kita boleh mengurangkan serangan atau penyakit tersebut dengan melakukan beberapa tindakan betul seperti membaja mengikut sukatan yang betul dan baja sesuai untuk pokok tomato, potong daun yang mengelami serangan diperingkat awal agar dapat mengekang serangan daun mengeriting. Sekiranya serangan daun mengeriting pada tomato semakin teruk, cabut dan hapuskan. Mula menyemai benih tomato yang baharu dan elak menggunakan media/tanah yang ditanam pokok tomato berpenyakit sebelum ini.



Anda boleh memotong pokok tomato anda dan tinggalkan 7 inci, buang tunas yang sudah panjang dan tinggalkan tunas yang masih kecil. Gembur tanah dan tabur setengah sudu kapur pertanian lalu disiram dengan air banyak. Simpan pasu tersebut dan tunggu hingga bertunas. Sekiranya tunas pokok tomato tersebut sihat hingga berbuah maka pokok anda sudah dikira selamat, tetapi jika tunasnya masih berdaun mengeriting maka penyelesaian terbaik anda cabut dan hapuskan sahaja. Tanam benih baru.

Melihat gambar ketiga di atas, tunasnya nampak normal. Tetapi kadang2 apabila tunasnya membesar akan bertukar kembali menjadi kerinting.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelamatkan pokok tomato anda yang mengeriting daunnya. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

1 komentar:

  1. Play Slots For Real Money in 2021
    No doubt, if you have ever heard of Play Slots for 포커 족보 순위 Real Money, then 코인 갤러리 you've come to the mgm 바카라 right place. Play online slots 한게임 포커 apk for real money or with 바카라 사이트 총판 real

    BalasHapus