Tani

Senin, 30 November 2015

CARA MEMBUAT BAJA ROTI: RESEPI ASLI


Tempoh hari ada tanomkinotuan membuat penerangan mengenai entry baja roti versi tanomkinotuan sendiri. Kali ini tanomkinotuan berkongsi pula dengan membaca bagaimana membuat baja roti resepi asli. Anda hanya perlukan bahan seperti di bawah iaitu:


1. 1 keping roti

2. Air non klorin 1 hingga 1.5 liter

3. Botol mineral besar atau bekas lain.


Cara penyediaan:

1. Isikan botol mineral atau bekas tersebut dengan 1.5 liter air. Air jangan terlalu penuh. Tinggalkan ruang sedikit pada botol tersebut untuk ruangan gas semasa proses penapaian.

2. Carikkan roti dan masukkan ke dalam air tersebut.

3. Tutup botol tersebut dan simpan ditempat selamat. Peram selama 7 hari.


4. Genap 7 hari tapis air dan bolehlah digunakan sebagai booster tanaman. Spary sayuran anda menggunakan booster roti 2 minggu sekali. Diselang selikan dengan baja npk organik yang lain. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

PAKEJ PROMOSI BENIH BULAN DISEMBER


Benih online: Pakej benih tanomkinotuan

Pakej benih online bulan November kini berakhir, terima kasih tidak terhingga kepada pembeli yang berminat bershopping benih di blog ini. Minta maaflah kepada yang pembaca kiriman benihnya lewat dipos. Disebabkan tanomkinotuan juga ada komitmen kerja lain maka berlaku kelewatan pengeposan benih tersebut. Sekali lagi tanomkinotuan memohon maaf. 

Tanomkinotuan perkenalkan lagi Pakej promosi benih bulan Disember boleh dipesan mula hari ini. Sebanyak 15 jenis benih yang boleh diperolehi dengan hanya RM29.00 sahaja.

Dan menariknya harga RM29.00 ini sudah termasuk postage/pos laju. Anda hanya bayar sekali untuk mendapatkan 15 jenis + 1 jenis benih (benih kacang panjang ada 2 jenis benih dalam 1 pek).

Benih-benih ini diperolehi dari KBR yang dimatangkan dan percambahannya 98% dan juga diperolehi dari sumber lain. Dengan ini anda boleh mendapatkan benih dengan harga rendah dan jimat. 

Mengapa anda digalakkan membeli benih online di KBR? Benih di KBR ditanam secara organik tanpa racun serangga. Penggunaan baja kompos manure, tinja binatang dan baja NPK organik adalah lazim digunakan di KBR. Anda tidak perlu risau dan runsing kerana benih adalah organik. 

Berikut adalah benih dalam pakej promosi bulan Disember:

1. Buncis Ungu Burgundy - 1 pek

2. Timun Jeruk Mini (Five Mini Cucumber) - 1 pek

3. Salad Amerika Hijau - 1 pek

4. Jagung Popcorn/ Strawbarry Corn - 1 pek

5. Kobis Cina Bulat / Pichai Bulat (Khas untuk Kimchi) - 1 pek

6. Roselle Merah - 1 pek

7. Dua variati/jenis kacang panjang dalam 1 pek. 

8. Capsikum / lada besar hijau - 1 pek

9. Sayur pucuk ranti hijau/sayur tutan hijau - 1 pek

10. Terung hijau bulat - 1 pek

11. Jewels of opar - 1 pek

12. Tomato brandywine - 1 pek

13. Jagung kampung perang - 1 pek

14. Selasih /Lemon basil - 1 pek

15. Sawi kerinting - 1 pek

Nikmati aktiviti bertani di halaman rumah, balkoni atau di kebun anda dengan pakej benih yang murah dan jimat.

CARA TEMPAHAN:

Jika anda berminat pakej benih ini, sila bank in harga benih RM29.00 di salah satu akaun bank di bawah:

MAYBANK
No. Akaun 160090411250
Atas nama Jusery Bin Jausin

Atau

CIMB BANK
No. Akaun 7037965706
Atas nama Jusery Bin Jausin

Dan emailkan bukti pembayaran anda ke borosmomogun@gmail.com atau sms/WhatsApp bukti pembayaran ke nombor 019-5320756 (Jus) berserta:

Nama penuh:
Alamat rumah/tempat kerja:
No. Telefon:

Setelah menerima bukti pembayaran kami akan pos barangan kiriman anda dengan kadar segera.

Apa tunggu lagi tempah sekarang. Selamat bertani dan menuai hasil.


Jusery Bin Jausin
Tanomkinotuan.blogspot.com

PANDUAN MENGALIHKAN ANAK POKOK JAGUNG POPCORN


Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi panduan mengalihkan anak pokok jagung popcorn atau strawberry corn yang jarang ditanam di negara kita. Kita selalunya makan bertih jagung ini yang telah siap diproses sambil menonton wayang atau TV. Manalah tahu masa akan datang pembaca tergerak hati menanam pokok jagung popcorn maka ilmu menanam itu sudah ada. 

Siapa tidak mengenali biji jagung popcorn. Ini dia, buahnya kecil saja. 

Buah jagung popcorn

Anak pokok jagung popcorn

Buahnya berwarna merah. Jagung popcorn sama dengan jenis pokok jagung yang lain di mana daun, batang, bunga jantan dan buahnya keluar dari celah pangkal daun. Cuma buahnya tidak dimakan muda tetapi dikeringkan dan dijadikan popcorn seperti mana yang anda pernah lihat dan makan.


Pertama sekali gembur tanah sedalam 7 inci. Agar akarnya mudah bergerak di dalam tanah.


Korek lubang sedalam 4 inci, lebih kurang boleh tanam media pada anak pokok jagung popcorn.


Untuk lubang yang dibuat tu cukup untuk media anak pokok popcorn terbenam, cuba masukkan cup plastik dalam lubang. Jika boleh media harus terbenam ke dalam lubang. 


Bubuh segenggam kompos atau baja tinja ayam ke dalam lubang. Tabur tanah senipis mungkin di atasnya untuk mengelak akar anak pokok jagung popcorn tidak rosak.



Kemudian keluarkan anak pokok popcorn dari cup plastik dengan berhati-hati. Masukkan ke dalam lubang dan timbus semula dengan tanah disekelilungnya.


Setelah ditimbus dengan tanah, padat-padatkan sedikit tanah tu dan siram menggunakan air yang banyak kemudian ambil rumput kering tutup disekeliling anak pokok. Rumput kering dijadikan sungkupan atau mulsa bertujuan untuk melembabkan tanah disekeliling pokok jagung popcorn agar tidak kering dengan cepat. 

Pokok popcorn mula membesar selepas 2 minggu. Setelah berusia dua minggu selepas dialihkan bubuh baja NPK organik setengah genggam disekeliling pokok selepas melakukan pengemburan tanah lalu siram agar penyerapan nutrient dapat dilakukan oleh akar pokok.

Berminat atau ingin mencuba menanam jagung popcorn. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info pembelian. Harga 1 pek hanya RM2.90 sahaja.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Minggu, 29 November 2015

TUAIAN TIMUN MINI DI KBR BULAN NOVEMBER


Bertani memang menyeronokkan apatah lagi dilakukan bersama anak-anak. Bukan sahaja anak-anak dapat bergerak dan mengeluarkan peluh tetapi juga mendapat ilmu baharu apabila melihat kita melakukan sesuatu kerja atau pertanyaan mereka dijawap oleh kita. Satu bentuk interaksi sosial yang sangat baik selanjutnya mengeratkan silaturahim keluarga anda.

Hujung bulan September lepas tanomkinotuan ada menyemai benih timun mini atau five mini cucumber. Bersaiz kecil dan pendek. Sebelum ini ada menyemai timun cina dan timun kampung di mana tanomkinotuan lebih menyukai menanam timun mini di mana saiz pokok memang kecil, hanya menggunakan ruang kecil.

Pertama sekali tanomkinotuan semai benih dalam cup plastik. Cup plastik tersebut adalah bekas minuman yang dibeli dan disimpan untuk kegunaan semaian akan datang, jimat sikit duit. Dengan menggunakan media 100% cocopeat, tanomkinotuan masukkan ke dalam cup plastik dan masukkan dua benih timun mini ke dalam media kira-kira 1 inci dalam, timbus semula dan tanomkinotuan siram dengan air banyak. Kemudian letak ditempat teduh tetapi masih terkena cahaya pada waktu pagi.


Selepas 2 minggu, tanomkinotuan alihkan pula ke batas. Berkongsi batas dengan fennel, zucchini hijau dan bunga telang ungu. 

Pertama tanomkinotuan gembur sedalam 1 kaki bagi memudahkan akar bebas bergerak di dalamnya. Tanomkinotuan tabur kompos 2 genggam dan 1 genggam tinja ayam. Lebihan tinja ayam dibeli tempoh hari untuk digunakan membaja pokok-pokok zucchini. Bercakap mengenai pokok zucchini, buah penanaman kali ini tidak begitu baik, habis diserang ulat pengorek buah. Membusuk dengan cepat. Tanomkinotuan redha dengan rezeki untuk pokok zucchini kali ini.

Tanomkinotuan sebatikan tanah dan kompos tadi. Buat lubang kira-kira 5 inci kemudian tanomkinotuan tanam anak pokok timun mini tersebut.

Setelah menunggu 1 bulan lebih hati tanonkinotuan gembira tidak terkata, hasilnya sudah boleh dituai. Dapatlah beberapa biji timun mini yang cantik dan bersaiz kecil. 


Tidak sempat pun dijadikan sayur makan tengahari. Sudahpun di makan hanya dicecah garam dengan cili api.


Timun mini merupakan timun cepat membesar dan berbuah banyak. Pokok hanya saiz kecil dan sesuai juga ditanam dalam pasu bersaiz besar.  Pokok timun mini sesuai ditanam pada media potting soil atau tanah gembur yang tidak menakung air. Elakkan menanam pokok timun mini pada tanah jenis tanah liat.

Selepas ini tanomkinotuan ingin pula menanam timun cina dan timun kampung. Sudah lama KBR tidak ditanami kedua jenis timun ini kerana timun mini cukup membekalkan sayur timun untuk salad mahupun campuran dalam sup ikan atau ayam.

Jom menanam timun mini dilaman rumah sebagai dekorasi menarik dan juga pembekal sayuran dapur kita.

Selamat bertani dan menuai hasil.

PANDUAN MEMBUAT KIMCHI VERSI TANOMKINOTUAN


Bertemu kembali dalam ruangan kali ini, cerita mengenai sayuran di KBR direhatkan buat masa ini. Tidak ada yang diceritakan kerana agak sukar sayuran tumbuh disebabkan musim hujan melanda. Banyak sayur rosak teruk diserang makhluk perosak.

Namun tanomkinotuan ingin berkongsi cara membuat kimchi sayuran jeruk berasal dari negara Korea. Kimchi merupakan makanan kebangsaan negara tersebut. Ini kali keempat tanomkinotuan membuat kimchi dan pernah membuat kimchi dengan menggunakan buah pisang berangan dan mangga harum manis. Hasilnya tidak ada beza dengan resepi asal.

Berikut adalah bahan-bahan untuk kimchi:

1. Kobis cina bulat lebih kurang 1 kilo.

2. Satu batang lobak merah.

3. Satu batang lobak putih.

4. 2 batang daun sup saiz besar.

5. 10 batang kucai (tidak dimasukkan)

6. Satu biji epal merah dibuang kulit dan biji saiz sederhana.

7. Satu biji buah pir dibuang kulit dan biji saiz sederhana.

8. Satu biji bawang holland.

9. Satu labu bawang putih

10. 2 inci halia.

11. 2 hingga 3 sudu sos ikan.

12. 100 hingga 200 gram serbuk cili.

13. Lima sudu besar tepung beras pulut.

14. 50 gram sotong dipotong kecil.

15. Garam kasar

16. Air secukupnya.


Cara penyediannya:

1. Kobis cina di belah empat dan dipotong kira-kira 2 inci. 





2. Tabur kobis cina dengan garam kasar kira-kira 6 genggam 15 sudu makan. Tambah dengan segelas air dan gaul hingga garam tersebut sebati dengan kobis cina. Rehatkan hingga 6 jam atau lebih elok semalaman.

3. Setelah kobis cina telah layu, cuci kobis cina sebanyak 5 kali. Ini bertujuan untuk menghilangkan lebihan garam pada sayur tersebut dan juga agar sayur tersebut bersih seadanya dan toskan, ketepikan.










4. Ambil lobak merah dan lobak putih, buang kulit luarnya dan potong kira-kira 2 inci dan hiris nipis seperti batang mancis. Ketepikan.

5. Hiris daun bawang secara menyerong secara nipis dan ketepikan.

6. Buang kulit buah epal dan buah pir dan potong kasar.

7. Kemudian bawang holland, bawang putih, halia dikupas kulitnya dan potong kasar. 

8. Buah epal, buah pir, bawang holland, bawang putih dan halia dimasukkan ke dalam alat pengisar. Kemudian masukkan 2 sudu sos ikan berserta sedikit air. Kisar hingga hancur dan ketepikan.

9. Isikan bekas memasak dengan segelas air bersih dan masukkan tepung beras pulut ke dalamnya. Guna api perlahan sambil dikacau hingga tepung pulut tersebut masak. Memadai dengan tepung beras pulut mula mengelegak kemudian tutup api dan sejukkan. Apabila sudah sejuk bolehlah ke proses seterusnya.



10. Sediakan besen atau bekas bersaiz besar. Ini penting untuk keselesaan ketika mengaul untuk menyebatikan semua bahan. 



11. Tuang tepung beras pulut ke dalam besen. 



12. Kemudian tambah bahan yang diblender tadi (epal, pir, bawang holland, bawang putih, halia, dan sos ikan)



13. Seterusnya masukkan serbuk cili.



14. Tambah dengan hirisan lobak putih.



15. Masukkan hirisan lobak merah.





17. Kemudian masukkan pula hirisan daun bawang dan kucai jika menggunakannya dan sotong yang dipotong kecil-kecil. Sotong berfungsi mempercepatkan proses penjerukan dan memberikan rasa yang lebih enak.



18. Gaul sebati bahan-bahan tadi dengan menggunakan sudu. 





19. Akhir sekali masukkan kobis cina bulat dan gaul hingga sebati.



20. Pindahkan ke kontena plastik yang sesuai. Siap.

Kimchi anda perlu diletakkan di dapur atau tempat suhu bilik sehari semalam untuk mengaktifkan proses penjerukan. Keesokan harinya kimchi anda mula meninggi secara perlahan-lahan akibat gas yang terhasil.

Ketika ini anda sudah boleh meletakkan atau menyimpan kimchi anda dalam peti sejuk untuk penjerukan secara perlahan-lahan. Proses penjerukan secara perlahan dalam keadaan sejuk akan memberikan rasa yang enak dan sedap.

Anda boleh menggunakan cili kering yang boleh dibeli di kedai. Caranya, buang biji dan sangai cili kering sehingga rapuh, jangan hangit atau terbakar pula. Sejukkan dan blender hingga hancur. Lebih elok cilinya seperti chilli flakes dan sedikit serbuk. Guna jenis cili kering yang tidak berapa pedas jika tidak mahu kimchi terlalu pedas. 

Sotong boleh digantikan dengan udang basah, ikan, sotong kurita, bilis hidup atau cencalok. Jika anda jenis vegetarian tidak perlu letak.

Daun bawang boleh digantikan dengan kucai atau bawang losun/lokio atau menggunakannya sekali juga boleh campur daun sup/seleri untuk menambah aroma pada kimchi anda. 

Selepas seminggu kimchi anda sudah mula masam akibat tindakan proses penjerukan dan selepas 8 hari ke atas kimchi anda sudah boleh dihidangkan. Namun paling baik hidang setelah 2 minggu dijeruk. Kimchi sesuai dimakan hanya bersama nasi putih panas, dimasak stew kimchi, nasi goreng kimchi, pankak kimchi, sup ayam kimchi, sup daging kimchi, sup seafood kimchi dan juga cucur kimchi.

Adakah kimchi merupakan kesukaan anda? Apa kata anda buat sendiri kimchi berpandukan cara di atas, ia memang berbaloi. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Jumat, 27 November 2015

5 Manfaat Anak Membaca Cerita



Zaman sekarang ini gadget berteknologi tinggi, buku dan mainan secara bertahap phasing out. Hal ini menjadikan anak-anak lebih menyukai membaca cerita menggunakan smartphone daripada membaca dan mengagumi ilustrasi berwarna-warni di halaman sebuah buku cerita. Teknologi tinggi baik untuk menjaga anak-anak Anda sejajar dengan perkembangan zaman, tetapi membaca cerita melalui sebuah buku juga sama pentingnya.
Cerita imajinatif memainkan peran penting dalam perkembangan mental, intelektual dan moral anak. Dan waktu terbaik melatih mereka untuk membaca adalah antara usia 2 sampai 5 tahun. Berikut manfaat yang bisa di dapat oleh seorang anak dengan membaca sebuah cerita.
1. membantu mengembangkan imajinasi
Seringkali, penulis menempatkan tokoh-tokohnya dalam khayalan,dunia fantastis. Dengan tidak ada referensi yang tepat di lingkungan sekitarnya,, anak-anak dapat menghidupkan karakter ini dalam imajinasinya sendiri. Dia juga mencoba untuk memahami ide-ide dan konsep-konsep baru dengan latihan imajinasi. Belajar bagaimana menggunakan imajinasi seseorang dengan presisi dapat menjadi alat yang sangat berharga untuk anak-anak saat mereka tumbuh dewasa.
2. Membantu belajar bahasa
Cerita yang bermanfaat dari perspektif pendidikan juga dapat membantu anak-anak mengembangkan keterampilan bahasa seperti berbicara dan menulis. Cerita dapat digunakan sebagai sumber daya bahasa yang dapat diandalkan. Anak-anak bias menemukan kata-kata baru dan konstruksi gramatikal yang sesuai dalam melewati dan menggunakannya nanti. Anak-anak yang dibesarkan dengan kebiasaan suka membaca cerita menjadi pengguna bahasa yang lebih efektif saat dewasa nanti.
Membaca cerita sama juga dengan belajar. Buku cerita anak bergambar adalah cara yang bagus untuk memperkenalkan balita dan anak-anak prasekolah tentang warna, bentuk dan ukuran. Anak-anak juga mengembangkan keterampilan komunikasi yang baik karena mereka tidak hanya belajar bagaimana menggunakan bahasa dengan benar, tetapi juga bagaimana menggunakan bahasa dengan konteks sosial yang tepat. Cerita merupakan sumber informasi yang berguna juga.
3. Membantu mengatasi perasaan dan situasi
Banyak sekali, cerita anak-anak dan novel yang berdasarkan pada pengalaman kehidupan nyata. Dengan demikian, mereka menghadapi karakter yang sangat mirip dengan mereka. Hal tersebut membuat anak-anak lebih siap untuk menghadapi situasi yang mereka hadapi dalam kehidupan karena mereka menyadari bahwa mereka tidak sendirian. Hal ini juga memungkinkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru. Semua ini meningkatkan harga diri dan membuat anak Anda lebih percaya diri. Mereka mulai menghubungkan apa yang terjadi di buku-buku dan apa yang terjadi dalam kehidupan nyata sehingga mampu mengembangkan pemikiran yang logis.
4.Membantu perkembangan moral
Nilai dan moral tidak dapat diajarkan seperti cara kita mengajarkan sains dan matematika. Itu akan membosankan dan sering menjadi tidak berarti. Dongeng dan cerita pendek dengan moral adalah cara yang lebih baik untuk menanamkan nilai-nilai yang baik pada anak-anak baik itu berbagi, menunjukkan kasih sayang atau mengatakan yang sebenarnya. Dongeng dan cerita membantu anak-anak belajar dengan contoh.
5. Membantu mereka bersantai
Membaca cerita sebelum tidur bisa menghilangkan stress setelah seharian melakukan kegiatan. Anak-anak dapat melarikan diri ke dalam dunia imajinasi untuk sementara waktu. 

Kamis, 26 November 2015

LANGKAH MEMBUAT TAPAI MANIS UBI KAYU




Ubi kayu tau nama saintifiknya ialah Manihot Esculenta Crantz ini merupakan tumbuhan berubi di dalam tanah dan merupakan makanan ruji di sekitar Asia Tenggara sebelum kehadiran tanaman padi. Ubi kaya kaya dengan kanji menyebabkan salah satu pilihan makanan pembekal kaborhidrat seterusnya memberi tenaga yang baik kepada pemakannya. 

Pelbagai menu dan resepi yang boleh dibuat dengan isi ubi kayu ini antaranya kerepek ubi kayu, direbus sebagai makanan serapan pagi bersama sambal ikan bilis atau sup ikan, pais ubi kayu, kuih-muih dan sebagainya. Pucuk mudanya boleh dimakan sebagai sayur yang enak. Bagi Kaum Dusun dan Kadazan, sebelum kedatangan budaya menanam padi bukit dan pasi sawah. Ubi kayu dan keledek adalah antara tanaman utama mereka di kebun. Ia menjadi makan ruji bagi pembekal tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Direbus dan dimakan begitu sahaja beserta dengan gorengan ikan bilis atau ikan basung (sejenis ikan kembung). Ia juga enak dimakan bersama sambal tuhau ikan masin. 

Bagi komuniti Suluk dan Bajau di Sabah pula mereka menanam mereka memproses ubi kayu sebagai hidangan bersama sup ikan dan beberapa hidangan yang lain. Mereka mengelarnya putu, ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya seterusnya dicampurkan beberapa bahan lain dan dikukus dalam bentuk bebola leper. Jika anda ingin mencuba resepi putu ubi kayu ini klik di SINI, namun resepi ini sudah diubah suai dari resepi yang asal.

Beberapa hari yang lepas, makcik tanomkinotuan telah bertandang ke rumah dan membawa seplastik ubi kayu yang besar-besar. teruja melihat isinya yang bersaiz besar dan tidak semena-mena otak ligat memikirkan cara membuat tapai ubi kayu kerana ragi tapai pun masih ada dalam simpanan. Tersenyum lebar tanomkinotuan.

Selain itu ubi kayu juga sesuai dibuat tapai manis ubi kayu sama seperti membuat tapai manis nasi putih atau perang. Hari ini tanomkinotuan bersembang mengenai cara membuat tapai manis ubi kayu pula, manalah tahu pembaca di luar sana yang mempunyai kebun ubi kayu berekar-ekar atau ditanam di laman rumah bolehlah mencuba membuat tapai manis ubi kayu.



Buka kulitnya dengan dengan membuat belahan garis lurus ikut panjang ubi tersebut. Kemudian kopek kulit itu dengan hati-hati mengunakan pisau. Kulit ubi kayu mudah dikopek, tidaklah sudah mana. Seterusnya potong ubi kira-kira 3 inci dan belah 4 jika saiznya besar atau belah 2 jika saiz kecil. Lakukan hingga selesai.


Cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk yang diisi air. Tanak hingga empuk. Air harus separas dengan timbunan ubi kayu. 


Setelah masak alihkan ke besen atau bekas jarang (mempunyai lubang) untuk menyejukkannya dan toskan lebihan air. 

Ragi tapai manis

Selepas dihancurkan

Pada masa proses penyejukan dan toskan lebihan air. Ambil sebiji ragi tapi dan hancurkan. Tumbuk menggunakan lesung batu atau seumpamanya.

Apabila ubi kayu sudah sejuk, maka proses menabur ragi harus dilakukan. Guna bekas bertutup seperti kontena saiz besar atau apa juga bekas yang sesuai. Pertama alaskan daun pisang dan tabur ragi sedikit di atas daun pisang tersebut, susun ubi kayu untut 1 lapisan dan memenuhi ruang. Tabur ragi secara keseluruhan di atas ubi tersebut. Susun semula lebihan ubi kayu di atasnya dan tabur lagi dengan ragi. Buat seperti ini hingga selesai. Tutup dengan sehelai lagi daun pisang dan tutup penutup bekas dengan kejap. Seterusnya simpan bekas tersebut di tempat selamat. Tapi tanomkinotuan tidak meletakkan daun pisang.


Tapai ubi kayu akan matang kira-kira 2 hingga 3 hari dan bolehlah dihidangkan. Makan bersama 1 scoop aiskrim perisa vanila atau perisa pudina memang menyeronokkan dan mengujakan. Sekali-sekala mengubah makanan yang enak ini mampu mengimbau nostalgia lama. Adakah anda menyukai tapai manis ubi kayu? Jom menapai...