Tani

Kamis, 26 November 2015

LANGKAH MEMBUAT TAPAI MANIS UBI KAYU




Ubi kayu tau nama saintifiknya ialah Manihot Esculenta Crantz ini merupakan tumbuhan berubi di dalam tanah dan merupakan makanan ruji di sekitar Asia Tenggara sebelum kehadiran tanaman padi. Ubi kaya kaya dengan kanji menyebabkan salah satu pilihan makanan pembekal kaborhidrat seterusnya memberi tenaga yang baik kepada pemakannya. 

Pelbagai menu dan resepi yang boleh dibuat dengan isi ubi kayu ini antaranya kerepek ubi kayu, direbus sebagai makanan serapan pagi bersama sambal ikan bilis atau sup ikan, pais ubi kayu, kuih-muih dan sebagainya. Pucuk mudanya boleh dimakan sebagai sayur yang enak. Bagi Kaum Dusun dan Kadazan, sebelum kedatangan budaya menanam padi bukit dan pasi sawah. Ubi kayu dan keledek adalah antara tanaman utama mereka di kebun. Ia menjadi makan ruji bagi pembekal tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Direbus dan dimakan begitu sahaja beserta dengan gorengan ikan bilis atau ikan basung (sejenis ikan kembung). Ia juga enak dimakan bersama sambal tuhau ikan masin. 

Bagi komuniti Suluk dan Bajau di Sabah pula mereka menanam mereka memproses ubi kayu sebagai hidangan bersama sup ikan dan beberapa hidangan yang lain. Mereka mengelarnya putu, ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya seterusnya dicampurkan beberapa bahan lain dan dikukus dalam bentuk bebola leper. Jika anda ingin mencuba resepi putu ubi kayu ini klik di SINI, namun resepi ini sudah diubah suai dari resepi yang asal.

Beberapa hari yang lepas, makcik tanomkinotuan telah bertandang ke rumah dan membawa seplastik ubi kayu yang besar-besar. teruja melihat isinya yang bersaiz besar dan tidak semena-mena otak ligat memikirkan cara membuat tapai ubi kayu kerana ragi tapai pun masih ada dalam simpanan. Tersenyum lebar tanomkinotuan.

Selain itu ubi kayu juga sesuai dibuat tapai manis ubi kayu sama seperti membuat tapai manis nasi putih atau perang. Hari ini tanomkinotuan bersembang mengenai cara membuat tapai manis ubi kayu pula, manalah tahu pembaca di luar sana yang mempunyai kebun ubi kayu berekar-ekar atau ditanam di laman rumah bolehlah mencuba membuat tapai manis ubi kayu.



Buka kulitnya dengan dengan membuat belahan garis lurus ikut panjang ubi tersebut. Kemudian kopek kulit itu dengan hati-hati mengunakan pisau. Kulit ubi kayu mudah dikopek, tidaklah sudah mana. Seterusnya potong ubi kira-kira 3 inci dan belah 4 jika saiznya besar atau belah 2 jika saiz kecil. Lakukan hingga selesai.


Cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk yang diisi air. Tanak hingga empuk. Air harus separas dengan timbunan ubi kayu. 


Setelah masak alihkan ke besen atau bekas jarang (mempunyai lubang) untuk menyejukkannya dan toskan lebihan air. 

Ragi tapai manis

Selepas dihancurkan

Pada masa proses penyejukan dan toskan lebihan air. Ambil sebiji ragi tapi dan hancurkan. Tumbuk menggunakan lesung batu atau seumpamanya.

Apabila ubi kayu sudah sejuk, maka proses menabur ragi harus dilakukan. Guna bekas bertutup seperti kontena saiz besar atau apa juga bekas yang sesuai. Pertama alaskan daun pisang dan tabur ragi sedikit di atas daun pisang tersebut, susun ubi kayu untut 1 lapisan dan memenuhi ruang. Tabur ragi secara keseluruhan di atas ubi tersebut. Susun semula lebihan ubi kayu di atasnya dan tabur lagi dengan ragi. Buat seperti ini hingga selesai. Tutup dengan sehelai lagi daun pisang dan tutup penutup bekas dengan kejap. Seterusnya simpan bekas tersebut di tempat selamat. Tapi tanomkinotuan tidak meletakkan daun pisang.


Tapai ubi kayu akan matang kira-kira 2 hingga 3 hari dan bolehlah dihidangkan. Makan bersama 1 scoop aiskrim perisa vanila atau perisa pudina memang menyeronokkan dan mengujakan. Sekali-sekala mengubah makanan yang enak ini mampu mengimbau nostalgia lama. Adakah anda menyukai tapai manis ubi kayu? Jom menapai...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar