Siapa tidak mengenali pokok herba ini yang dipanggil sebagai pecah beling atau nama saintifiknya ialah strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia dan dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian. Pokok herba ini sudah lama digunakan di belahan Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan. Pokok pecah beling hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil 'hei mian jiang jun'.
Mempunyai ketinggian lebih kurang 1 hingga 2 meter dan bercabang banyak. Daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.
Tanomkinotuan mengenali pokok ini setelah mengikuti pameran herba tradisi di Kota Kinabalu tempoh hari. Pelbagai jenis pokok herba boleh dilihat dengan pelbagai bentuk saiz, jenis dan sebagainya. Tanomkinotuan tertarik dengan pokok pecah beling kerana sangat unik dan menarik. Khasiatnya juga amat berkesan untuk kesihatan manusia. Oleh kerana, tanomkinotuan lewat bertandang ke pameran tersebut makanya pokok pecah beling yang dijual juga habis. Maka putih matalah tanomkinotuan pulang dengan tangan kosong.
Walau bagaimanapun, tanomkinotuan search kat internet dan membelek blog ke blog mengenai pokok herba pecah beling hingga terjumpa satu website yang menjualnya lalu tanomkinotuan berurusan untuk proses jualbeli. 3 hari kemudian, tempahan pokok tiba di rumah dan langsung saja menanam di KBR (Kebun Belakang Rumah). Kini pokok pecah beling yang ditanam di KBR semakin merimbun dan banyak dibiakkan. Cara pembiakan pokok pecah beling ialah menggunakan keratan batangnya.
Pilih dan potong keratan batang yang elok dan tidak berpenyakit lebih kurang 6 hingga 8 inci panjang. Potong ranting muda, daun dan tinggalkan daun di pucuknya. Sebelum ditanam lakukan rendaman keratan batang dengan serum EM1 dengan ratio 1:30 iaitu 1 bahagian serum EM1 ditambah dengan 30 bahagian air bersih. Rendam keratan batang pokok pecah beling lebih kurang 2 hingga 3 jam atau lebih elok hingga semalaman.
Sediakan media dengan menggunakan cocopeat yang dibasahkan dengan sedikit sebatian serum EM1 untuk melembabkannya. Masukkan cocopeat yang lembab itu ke dalam cup plastik, mampatkan sedikit media dan tanam keratan batang pokok pecah belang dengan membenamkan pangkalnya kira-kira 2 hingga 3 inci dalam. Selain itu anda juga boleh melakukan proses pengakaran dengan merendamkan ke dalam air yang dicampurkan dengan serum EM1 hingga berakar dan bertunas, pentingnya ia diletakkan di tepi jendela yang boleh terkena cahaya matahari pada waktu pagi atau pun petang. Seterusnya pindahkan keratan batang pokok pecah beling tersebut ke pasu atau polibag apabila sudah berakar dan bertunas. Simpan ditempat teduh selama seminggu dan alihkan ke tempat panas untuk pertumbuhan yang maksimum.
Manfaat Pokok Pecah Beling
1. Anti-diabetis
Daunnya diekstrak terlebih dahulu untuk mendapatkan cecair dari daun yang mempunyai bahan berguna dalam mengurangkan kadar penyakit darah tinggi pada seseorang. Peningkatan anti oksidan terhadap tubuh badan memungkinkan badan mampu menyeimbangkan kadar gula dalam darah tersebut.
2. Anti-kanser
Melalui kajian kes in vetro dan in vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah dimana mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh pengidapnya.
3. Anti-mikrob
Dapat merencatkan pertumbuhan beberapa jenis mikroorganisma. Satu kajian telah dibuat terhadap 7 jenis mikroorganisma sebagai sampel. Dua daripadanya dapat merencatkan pertumbuhan mikroorganisma itu.
4. Anti batu karang
Bahan yang terkandung dalam pokok herba pecah beling mampu memecahkan batu karang dalam buah pinggang.
5. Anti-oksidan
Mampu menyeimbangkan darah dalam tubuh badan dan dapat menyinkirkan radikal bebas, ia juga dapat berfungsi sebagai agen pencegahan penyakit.
6. Anti-diabitis
Dapat meneutralkan gula dalam darah dengan meminum ekstrak pokok pecah beling.
Kajian menunjukkan bahawa pecah beling atau pecah kaca ini dikatakan mengandungi mineral yang tinggi di dalamnya. Antara mineral tersebut ialah kalsium, kalium, natrium, ferum dan fosforus. Daunnya pula sangat banyak kandunganvitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Juga bahan seperti katekin dan tannin juga tinggi jumlahnya. Bahan sedikit yang terdapat pada daunnya ialah kafein.
Cara menggunakan pokok herba pecah beling.
1. Ambil 5 hingga 7 helai daun.
2. Cuci bersih dan toskan.
3. Masukkan dalam bekas memasak dan tambah 500ml air bersih.
4. Masak hingga air menjadi 200ml. Tapis air dan daun pecah beling dan sejukkan.
5. Minum segelas pada waktu pagi dan setiap hari hingga penyakit beransur sembuh.
PERHATIAN:
Blog ini hanya sebagai maklumat peribadi penulis. Penulis dan blog http://www.tanomkinotuan.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab sekirannya berlaku masalah yang tidak diingini setelah menuruti info ini. Sila baca Penafian di atas untuk maklumat selanjutnya.
Selamat bertani dan menuai hasil.

Halo Bossku ^^
BalasHapusSegera Daftarkan ID di ibu21,com
Menyediakan 8 Permainan Hanya Dengan 1 ID
Serta Tersedia Promo Menarik
Bonus Turn Over Terbesar
Bonus Refferal Seumur Hidup
Minimal Deposit Hanya 25Rb
BBM : csibuqq
WA : +855 88 780 6060
Di Tunggu Kehadirannya Bossku ^^