Tani

Senin, 07 Desember 2015

PANDUAN MENANAM SAFFRON/ZAFFARAN


APAKAH ITU SAFFRON?


Saffron adalah tumbuhan herba bentuk bebawang yang tumbuh menggunakan umbisinya. Merupakan rempah termahal di dunia dan digelar 'Emas Merah'. Pokok saffron atau nama saintifiknya ialah Crocus Sativus ini berasal dari wilayah Mediterranean tumbuh subur dengan curahan hujan yang cuma sedikit. Saffron juga dikenali umum sebagai crocus saffron.

Saffron ditanam mengunakan umbisi bebawang yang diselaputih serabut halus yang berbunga pada musim bunga. Bunga inilah yang menghasilkan stigma berwarna merah yang diambil dan dikutip untuk dikeringkan. Stigma tersebut merupakan herba berguna dalam masakan dan juga berkhasiat sebagai herba kesihatan. Bagi resepi nasi beryani asli mereka menggunakan saffron sebagai pewarna kuning untuk nasi. Setiap bunga menghasilkan 3 helai stigma merah. Untuk mendapatkan 1 pound stigma saffron memerlukan 50 hingga 60 bunga untuk tujuan tersebut.


CARA PEMBELIAN BENIH SAFFRON

Untuk mendapatkan benih saffron boleh menghubungi mana-mana penjual benih saffron yang berhampiran. Pilih umbisi (bulb) saffron yang sihat, tidak berpenyakit dan cantik. Umbisi saffron juga agak mahal kerana benihnya diimport dari luar negara.

Terdapat banyak variati saffron yang wujud di dunia. Keputusan ditangan anda mana menjadi pilihan hati. Sekiranya sudah berjaya menanam pokok saffron yang pertama bolehlah menambah koleksi variati saffron seperti saffron kasmiri, saffron iran, saffron greek dan sebagainya. 

Perlu diingat bahawa terdapat jenis atau variati saffron yang dijual tetapi hanya untuk hiasan. Jangan tertipu pula. Sama seperti pokok asparagus ada jenis pokok asparagus hanya untuk pokok hiasan dan tidak menghasilkan tombak/shoots untuk dimakan. 


PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN

Oleh kerana negara kita menerima hujan lebat sepanjang tahun maka saffron tidak berapa sesuai ditanam jika ditanam seperti tanaman yang biasa menerima hujan yang tinggi. Di tempat asalnya, purata hujan sangat sedikit sebab itu saffron boleh hidup dengan baik sekali. 

Namun begitu, kita boleh menukar media yang sesuai untuk menanam umbisi saffron. Anda boleh menggunakan jenis media yang tidak menyerap air dengan banyak. Dalam erti kata yang lain guna jenis tanah peroi dan mudah kering. Contohnya guna kira-kira 60% pasir halus dengan tambahan 40% kompos tumbuhan atau tinja binatang, boleh juga menambah sekam padi untuk tujuan pengaliran air yang cepat dan pengudaraan yang baik. Umbisi saffron boleh membusuk pada media yang basah. Maka dengan itu guna nisbah 3:1:1 di mana 3 bahagian pasir sungai, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian sekam padi. Disarankan tidak menggunakan peatmoss atau cocopeat jika anda kurang tahu untuk mendapatkan kelembapan yang sesuai untuk media penanaman. Peatmoss dan cocopeat sangat memegang air dan lambat kering.

Gaul media tersebut hingga sebati dan masukkan ke dalam pasu. Anda boleh menggunakan pasu bersaiz kecil atau bersaiz besar. Jika menggunakan pasu kecil tanam 1 umbisi saffron sahaja tetapi jika menggunakan pasu bersaiz besar anda boleh menanam 4 hingga 6 umbisi saffron dalam 1 pasu. 

Sekiranya menggunakan media di atas, anda harus rehatkan 2 hari selepas disiram dengan air. Jangan tanam umbisi saffron dahulu. Biar air tersebut benar-benar tersejat atau tidak ada air bertakung di dalam pasu tersebut. Selepas direhatkan 2 hari barulah tanam umbisi saffron anda. Merehatkan media lebih dari 2 hari lagi baik sebenarnya.

Selain itu, untuk mengelak umbisi saffron membusuk pada musim hujan disarankan menggunakan perlite 100%. Perlite adalah abu vulcano yang ringan dan berwarna putih. Masukkan perlite ke dalam pasu (sebaiknya guna pasu yang diperbuat dari tanah liat dan bukan plastik) hingga penuh dan siram dengan air hingga basah. Biarkan 2 hingga 3 jam barulah ditanam umbisi saffron tersebut. Perlite tidak menyerap air terlalu lama. Kerana butir-butir perlite agak kasar dan mudah air mengalir keluar dengan cepat. 

Elak menanam umbisi saffron pada tanah jenis tanah liat atau tanah lampung. Anda juga perlu mengelak menanam umbisi saffron pada tanah gambut dan kawasan tanah yang mudah ditakungi air jika menanam di atas batas.

PERCAMBAHAN UMBISI SAFFRON / COMB SAFFRON

Anda boleh sahaja semai umbisi saffron langsung dalam pasu atau batas yang disediakan. Umbisi saffron akan mula bercambah jika suhu dan kelembapan media cukup sesuai. 

Selain itu anda juga boleh membuat simulasi percambahan di dalam peti sejuk. Ambil sehelai surat khabar atau tisu. Balut comb saffron dengan kemas dan masukkan ke dalam kontena bertutup kemudian simpan di dalam peti sejuk. Bukan disimpan di bahagian pembekuan tetapi di bahagian bawah (area penyejukan). Dalam masa 2 hingga 3 minggu comb saffron anda sudah mula bertunas dan bolehlah di alihkan ke pasu atau batas.

PENANAMAN COMB SAFFRON

Jika anda menanam comb saffron pada pasu menggunakan medium pasir dengan kompos. Pertama medium jangan terlalu basah (wet), siram medium menggunakan sedikit air dan biarkan selama 2 hari, biar air benar2 sudah kurang mengalir barulah umbisi saffron ditanam. 

Caranya korek lubang sedalam 4 inci dan masukkan umbisi tersebut ke dalam lubang yang digali kemudian timbus semula dengan tanah. Jika menanam saffron lebih dari satu, jarakkan 6 inci antara lubang/umbisi saffron. Jangan disiram medianya kerana media sudah pun lembab. Simpan pasu ditempat terik matahari dan berhati-hati jangan terkena air hujan. Umbisi saffron akan membusuk dan mati.

Jika menggunakan 100% perlite, masukkan perlite ke dalam pasu hingga penuh. Tanam umbisi saffron sedalam 4 inci dan timbus semula. Jika menanam umbisi saffron lebih dari satu, jarakkan 6 inci antara lubang/umbisi saffron. Letak pasu ditempat terkena matahari terik dan siram dengan air. Perlite tidak memegang air terlalu banyak oleh itu sesuai dijadikan media menanam saffron.


CAHAYA MATAHARI

Pokok saffron menyukai cahaya matahari terik melebihi 6 jam sehari. Letakkan pasu anda di kawasan terkena cahaya matahari dan anda perlu mengelak menanam saffron di bawah teduhan (shade) bagi pertumbuhan yang makimum dan penghasilan bunga yang cepat dan baik.


PENJAGAAN DAN PEMBAJAAN

Pokok saffron tidaklah cerewet untuk menjaganya. Jika kena pada caranya ia sangat dijaga cuma masa musim hujan pada tiap-tiap tahun harus berhati-hati kerana saffron boleh rosak dam membusuk. Jika pokok saffron anda ditanam dalam pasu, pindahkan tempat teduh seketika dan pindahkan ke tempat asal selepas musim hujan.

Anda boleh membaja pokok saffron sekali dalam setahun sudah memadai atau langsung tidak dibaja pun boleh. Pokok saffron boleh hidup dengan baik. Jika boleh guna baja jenis booster (cecair) dan spray pada daunnya 3 kali seminggu sudah memadai.

Anda juga boleh menggunakan baja butir 8:8:8 yang ditabur di permukaan media. Jangan letak terlalu dekat dengan pokok saffron. 

PENYIRAMAN POKOK SAFFRON

Pokok saffron tidak memerlukan air terlalu banyak. Siram jika perlu sahaja. Umbisinya sudah cukup membekalkan air dan makanan pada keseluruhan pokok.

Anda boleh menambah bahan spray kepada pokok safrron anda dengan booster roti, kompos teh atau booster cecair ikan. Spray sekali dalam 2 minggu sudah memadai.

PEMBUNGAAN DAN TUAIAN


Pokok saffron akan berbunga selama 2 hingga 3 bulan ditanam mengikut usia umbisi/comb. Jika anda mendapat umbisi saffron bersaiz besar, pokoknya cepat berbunga manakala umbisi bersaiz kecil agak lambat menghasilkan bunga lebih-lebih lagi jika umbisi tersebut adalah belum cukup matang atau anak umbisi saffron.

Apabila pokok saffron anda berbunga kembang anda sudah boleh menuai stigma berwarna merah pada bunga tersebut. Kutip dan keringkan lalu masukkan ke dalam botol atau bekas kedap udara.

Anda boleh menggunakan stigma saffron untuk apa-apa juga resepi yang menggunakan saffron sebagai bahan asas. Hanya mengambil dua tiga helai stigma saffron dan rendam dalam air suam untuk mendapatkan warna asli yang menarik.


Apa kata anda mencuba hobi baharu ini, menanam saffron. Menanam saffron di malaysia tersangat baharu lagi. Belum ada ladang atau kebun menanam saffron. Hanya penanaman secara individu sebagai kegunaan sendiri. Dengan sepokok saffron di laman rumah anda memperlihatkan satu transformasi hobi yang hebat dan vesertile.

Tanomkinotuan ada membekalkan benih saffron dengan harga RM18.00 untuk 1 biji benih saffron dan postage RM11.90 sahaja.  Untuk mendapatkan comb saffron email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya atau whatsapp ke 019-5320768 untuk pertanyaan atau info selanjutnya. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar