Tani

Jumat, 11 Desember 2015

POKOK ZUCCHINI HIJAU MUSIM KEDUA



Kini tanaman zucchini hijau musim kedua sudah menampakkan hasilnya. Tanaman musim kedua ini menggunakan benih dari pokok yang ditanam musim pertama. Ini sebenarnya semaian kali kedua selepas semaian kali pertama yang dialihkan ke batas mati selepas digondol daunnya oleh belalang-balalang yang suka bertandang ke KBR. Seronok mereka bersuka ria dan beraktiviti kenduri kendara anak beranak tapi apakan daya, tanomkinotuan hanya mampu memandang. Rezeki bukan milik kita seorang, betul tak?

Kali ini tanomkinotuan terpaksa memberikan perhatian lebih kepada pokok zucchini hijau ini kerana tanaman jenis zucchini kini sudah mula dikenali sebagai makanan lazat. Buktinya tidak ada yang dapat dimatangkan buah zucchini crockneck kuning musim ini. Habis disuntik oleh serangga pengorek buah. Tidak mampu membesar sudah membusuk. Apabila dibelah buah tersebut, ulat-ulat putih tidur dengan santai kekenyangan. Apa boleh buat..


Tanomkinotuan dengan paksa menyemai semula benih zucchini hijau dalam cup plastik. Sementara menunggu benih menjadi anak pokok, tanomkinotuan menyediakan batas sesempurna mungkin. Media digembur, ditabur kapur pertanian dan tinja ayam. Tanomkinotuan rehatkan tanah selama 4 hari, kemudian digembur lagi dengan ditabur kompos secara menyeluruh setebal 5 inci. Tanomkunotuan juga menyiram kompos teh, baja cecair ikan dan air beras setiap hari hingga tanah ditumbuhi kulat warna hijau. Ini menandakan tanah tersebut kaya dengan nutrient dan subur.

2 minggu kemudian tanomkinotuan pindahkan ke batas yang disediakan. Korek lubang dan bubuh segenggam baja NPK organik. Timbus sedikit tanah dalam lubang cukup-cukup menutupi baja tersebut. Tanam anak pokok zucchini hijau dan timbus semula tanah. Kemudian siram menggunakan air banyak. Untuk pokok zucchini tidak lagi dirata oleh belalang tanomkinotuan pasang perisai jaring supaya pokok kesayangan ini hidup baik.

Makluman semua pokok zucchini high feed punya pokok. Antara tanaman yang kuat makan. Jadi perlu banyak menggunakan nutrient disamping bahan zat makanan lain. Jadi jika mahukan pokok zucchini anda hidup membesar dan subur. Letaklah nutrient banyak-banyak pada batas dan media senantiasa lembab bagi akar bebas bergerak dalam tanah.

Kembali tanomkinotuan ke rumah pada permulaan cuti sekolah hari tu. Pokok zucchini hijau sudahpun menghasilkan bunga jantan dan bunga betina tetapi sayang sudah disuntik dengan ulat pengorek buah. Ciri buah yang telah disuntik ulat pengorek ini ialah terdapat cairan kental berwarna putih cair pada kulit. Ini tandanya telur tersebut sudah mula menetas dan memakan buah zucchini. Buah begini hanya mampu dituai sahaja dan masaklah ikut resepi anda. Jika dibiarkan buah itu lama-lama buah tersebut akan membusuk.

Untuk pokok zucchini hijau tanaman musim kedua seboleh-bolehnya dimatangkan buahnya. Bolehlah menanam banyak-banyak benih zucchini hijau akan datang. Tanomkinotuan di dalam pasu pula bagi rujukan pembaca semua yang mempunyai laman yang terhad. Pokok zucchini masih boleh ditanam di dalam pasu, pilih pasu bersaiz besar dan letak di tempat kawasan terkena cahaya matahari terik sepenuhnya. Pembuahan pokok zucchini perlukan matahari penuh seperti pokok timun dan petola.

Sehingga kini semasa entry ini ditulis, tanomkinotuan belum lagi menuai buahnya. Sudah 4 biji buah telah dibuang begitu sahaja kerana rosak teruk dan tidak boleh dimakan. Senoga buah dalam gambar di atas menjadi dan bolehlah dimatangkan.

Sebelum ini ada menanam pokok zucchini crockneck kuning. Sempatlah menuai beberapa kali buahnya. Tapi sayang tidak ada yang dapat dimatangkan. Habis diserang ulat pengorek buah.

Agak lewat tanomkinotuan mengupdate blog sekarang. Liptop bermasalah dan hanya update menggunakan telepon. Terpaksa ketik satu-satu huruf. Maaflah kalau terdapat ejaan salah ya. Terlepas pandang.


  • Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar