Apa kata pembaca yang dihormati mencuba resepi potting soil aka tanah pasu buatan sendiri (homemade potting soil). Bahan-bahannya tidaklah mahal dan mudah diperolehi. Ia sangat bagus untuk semaian benih, subur dan gemuk-gemuk batangnya.
Namun tanomkinotuan pelik bila ditanya adakah penulis dan blog ini berkait dengan usdur? apakah sebenarnya usdur ini, sudah 3 orang bertanyakan dengan tanomkinotuan soalan yang sama. Bila tanomkinotuan search di google tidak jumpa yang berkaitan, segala bahasa Perancis pula yang dipaparkan. Mana tahu ia berkaitan dengan pertanian bolehlah juga tanomkinotuan menyertainya, tambah ilmu katakan. Harap ada pembaca memaklumkan kepada tanomkinotuan tentang usdur ini sama ada komen di bawah atau inbox saja pada icon 'hubungi' di atas. Dan untuk pengetahuan pembaca, blog dan penulis tidak ada kaitan dengan mana-mana organisasi berkumpulan mahupun individu. Blog ini hanya luahan penulis untuk berkongsi apa saja mengenai pertanian.
Berbalik kepada tajuk entry ini iaitu panduan membuat potting soil sendiri di rumah, ikuti langkah-langkah di bawah berdasarkan gambar yang diberikan. Senarainya seperti berikut:
A. Alatan yang diperlukan:
1. Besen bersaiz besar
2. Gayung saiz sederhana
B. Bahan-bahan potting soil:
1. Dua bahagian cocopeat aka sabut kelapa hancur.
2. Satu bahagian kompos.
3. Satu bahagian pasir sungai.
4. Satu bahagian habuk kayu/serbuk kulit kayu.
5. 1 cawan kecil serbuk kulit telur.
6. Satu bahagian humus cacing (vermicast). Untuk bahan ini tanomkinotuan kutip tahi cacing di permukaan tanah hingga menjadi satu bahagian dan dihancurkan.
7. Satu bahagian sekam padi hancur atau sekam padi bakar.

Nota: bahagian di sini bermaksud kuantiti yang menggunakan bekas tertentu seperti mangkuk, tin, baldi atau gayung. Dalam kes ini tanonkinotuan menggunakan gayung sebagai media mengukur bahan.
Sekiranya menggunakan sedikit jumlah potting soil, boleh menggunakan mangkuk atau gelas sebagai media ukuran jika sebaliknya gunalah gayung atau baldi.

Langkah-langkah penyediaan mengikut gambar:
1.
1.
Masukkan dua gayung cocopeat ke dalam besen.
2.
Tambah dengan 1 gayung sekam padi separa hancur atau gantikan jika ada dengan 1 gayung sekam padi bakar.
3.
Masukkan 1 gayung kompos kelapa sawit dan kompos tinja ayam.
4.
Seterusnya masukkan 1 gayung pasir sungai dan 1 gayung habuk kayu.
5.
Akhir sekali tabur dengan segenggam kulit telur hancur.
6.
Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati semuanya seperti dalam gambar di atas. Dan bolehlah digunakan sebagai media semaian benih atau media tanaman anak pokok anda. Masukkan media potting soil buatan sendiri ke dalam bekas tanaman seperti pasu, polibag dan kontena dan tanam anak benih tersebut.
Mungkin ada yang tergelak bila mana membaca 'gayung' yang digunakan untuk ukuran kuantiti dan mungkin merasakan agak kekampungan sedikit, hehe. Tapi tanomkinotuan ada alasan sendiri, pertama gayung ada di dalam bahasa Melayu dan sudah tentu majoriti memahaminya, kalu tidak saya dengan senang hati menggunakan bahasa ibunda saja. Kedua, memang tanomkinotuan tinggal di kampung pun, udara segar, sejuk dan nyaman paling penting pencemaran belum lagi berleluasa. Ikut kehendak sendiri sama ada menggunakan gayung, baldi, mangkuk, tin, pasu dan sebagainya bagi ukuran kuantiti. Tanomkinotuan serahkan ditangan pembaca sekalian.
Umumnya bahan-bahan di atas yang digunakan oleh tanonkinotuan adalah bahan yang mudah diperolehi dan murah. Semua bahan di atas adalah tanomkinotuan perolehi secara percuma kecuali cocopeat. Contohnya sekam padi tanomkinotuan mengambilnya di kilang padi berhampiran, serbuk kulit telur tanonkinotuan buat sendiri, humus cacing tanah tanomkinotuan kutip di kebun (KBR), kompos pula tanomkinotuan ambil secara percuma di kilang kelapa sawit berhampiran, kompos/baja tinja ayam tanonkinotuan ambil tinja ayam kampung di reban dengan mengompos/merebutkan terlebih dahulu sehingga benar-benar menjadi kompos , habuk kayu tanomkinotuan ambil dari kilang papan atau pada perdu tunggul kayu yang dijadikan sarang semut dan akhir sekali ialah pasir sungai diperolehi di tepi sungai berhampiran. Tidak mengeluarkan belanja besar dan jimat.
Walau bagaimanapun, jika cukup bajet/wang anda boleh membeli bahan/media yang berkualiti dan praktikal untuk homemade potting soil anda iaitu:
1. Beli peatmoss untuk mengantikan cocopeat.
2. Beli perlite untuk mengantikan pasir sungai.
3. Beli kompos manure green dan manure untuk mengantikan kompos kelapa sawit.
4. Beli kapur pertanian atau dolomit untuk mengantikan serbuk kulit telur.
5. Beli vermicast untuk mengantikan humus tinja cacing tanah
6. Beli vermiculite untuk mengantikan pasir sungai. Perlite dan vermiculite boleh digunakan bersama.
Penggunaan media berkualiti menjamin tanaman yang sihat dan segar. Jadi di sini tanomkinotuan memberikan 2 cadangan mengikut kemampuan masing-masing. Ikut kemampuan jangan bergadai hingga ikat perut hujung bulan. Semoga entry ini dapat dimanfaatkan untuk pertanian yang lebih berdaya saing dan terkemudian.
Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar