Jom bertani di halaman rumah, sebesar mana halaman rumah atau sekecil mana saiz laman rumah anda masih boleh melakukan aktiviti bertani dengan mengaplikasikan teknik-teknik bertani yang sesuai.
Kali ini tanomkinotuan mencuba mengetengahkan cara dan panduan mengalihkan anak pokok (keratan batang) okinawan spinach atau pokok sambung nyawa dari cup semaian ke polibag. Keratan batang pokok okinawan spinach ini telah ditanam 2 minggu lepas dan sudah boleh dialihkan ke polibag saiz sederhana. Jika tidak, akarnya akan berserabut dan pertumbuhannya terbantut di mana akar dalam tanah terlalu sesak.
Anda perlukan beberapa bahan untuk melakukan tugas ini seperti:
1. Tanah pasu (potting soil), tanah biasa yang dicampurkan dengan kompos, pasir sungai dan humus cacing tanah.
2. Polibag saiz sederhana.
3. Beberapa pokok anak pokok keratan okinawan spinach.
4. Air untuk menyiram.
Pertama sekali jika tanah anda belum dicampur dengan bahan-bahan asas, lihat dibawah untuk tujuan pemahaman yang jelas;
Pilih tanah yang elok di kawasan rumah anda, cangkul atau korek sedalam satu kaki. Gembur hingga menjadi sepihan kecil. Tambah sabut kelapa atau cocopeat.
Tabur 1 bahagian kompos untuk 2 bahagian tanah. Jika hendak tambah pasir sungai dan humus cacing tanah pun boleh. Guna nisbah 2:1:1
Masukan media ke dalam polibag.
Keluarkan keratan batang okinawan spinach bersama tanah dengan menterbalikkan cup plastik ke bawah sambil tangan kiri menahan tanah tersebut dari terjatuh. Pukul-pukul bahagian atasnya untuk memaksa tanah tersebut keluar dari cup plastik.
Masukkan anak benih ke dalam polibag dan tambah semula media hingga penuh. Padat-padatkan tanah agar ruang udara dalam polibag dapat dikurangkan.
Hasil daripada proses pemindahan ke polibag. Siram dengan air yang cukup. Anak pokok okinawan spinach mula tumbuh galak selepas 2 minggu dialihkan ke polibag baharu. Tabur 1 sudu makan baja organik pelbagai guna untuk pertumbuhan yang maksimum.
Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar