Japanese edamame |
APAKAH TUJUAN TEKNOLOGI GMO's?
Tujuannya adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti.
APAKAH NEGARA PENGELUAR MAKANAN/TANAMAN GMO's?
Negara Amerika Syarikat adalah negara pengeluar tanaman berasaskan GMO's terbesar dunia dalam pengeluaran tanaman khususnya kacang soya dan jagung manis. Mosanto merupakan salah satu syarikat pengeluar tanaman GMO's terbesar di USA. Negara Filipina juga berkecimpung dalam penciptaan beras GMO's yang dipanggil 'Golden rice'.
TERANGKAN SECARA RINGKAS BAGAIMANA SAINS KEJURUTERAAN MAKANAN INI BERFUNGSI?
Pengubahsuaian organisma secara genetik ini adalah satu kaedah yang mana mengambil atau mengeluarkan satu atau lebih gen dari organisma hidup yang lain dan digabungkan ke pada gen DNA organisma yang ingin diubahsuai. Contohnya, Ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit. Apabila pokok ini ditanam di ladang atau kebun. Gen Bt sebagai satu novel protein dengan cepat bertindak membunuh serangga yang memakan buah jagung tersebut dengan membebaskan kimia racun sendiri pada dirinya. Dengan itu, pokok jagung sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Bukan itu sahaja, serangga pendebunga seperti lebah juga terkesan sama.
Satu masalah besar mengenai pengubahsuaian genetik ini adalah dalam proses memasukkan gen ke dalam DNA tanaman secara rawak, para saintis tidak mengetahui ke mana gen-gen itu pergi atau tidak diketahui jejaknya. Ini boleh menjejaskan fungsi kepada gen yang lain dan mencipta novel protein yang tidak wujud sebelum ini dalam tanaman. Ia juga menghasilkan toksik penyebab alergik dalam makanan.
Kita juga sangat mustahil mengetahui apakah item-item atau bahan-bahan yang digabungkan ke dalam gen tumbuhan yang ingin diubahsuai. Tidak ada spesifikasi jelas yang boleh dijadikan ukuran tentang penggabungan gen-gen yang berbeza ini.
APAKAH TUMBUHAN ATAU TANAMAN YANG SERING DIWUJUDKAN MELALUI GMO's?
Antara tanaman yang diwujudkan melalui kejuruteraan genetik ini ialah:
- Kacang soya
- Jagung manis
- Alfalfa
- Canola
- Kapas
- tomato
- squash
- Kentang
- pokok padi (Filipina)
- Terung
- Dan sebagainya
APAKAH KESANNYA PRODUK GMO's KEPADA KESIHATAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR.
Secara alami tumbuhan membiak dengan cara pendebungaan semulajadi bagi kelangsungan tumbuhan itu terus hidup di muka bumi. Alih-alih zaman kini, berlaku pembiakan menerusi perbezaan kelompok geologikal yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia sangat luar biasa dan pelik. Banyak kajian-kajian yang telah dibuat oleh saintis di serata dunia mengenai keburukan makanan GMO's. GMO's mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan, komuniti, pekebun/peladang dan juga alam sekitar antaranya ialah:
1. Kesan alahan pada tubuh badan. Apabila protein yang terjejas/rosak memasuki tubuh badan kita, ia akan stimulate kepada imunisasi tubuh badan menyebabkan alahan berlaku. Hal ini berlaku dalam kejuruteraan makanan yang mana mengabungkan mana-mana bahan gen melalui sesuatu yang mengakibatkan alahan pada seseorang manusia. Kira-kira 3% kanak-kanak dan 2% remaja di USA mengalami alahan terhadap makanan keluaran dari GMO's (Bakshi:2003)
2. Peningkatan toksik pada makanan. Kebanyakan tumbuhan adalah bertoksik kepada manusia, banyak makanan yang dimakan oleh kita mempunyai toksik tersendiri tetapi dalam tahap rendah yang tidak mengganggu kepada kesihatan. Menerusi GMO dikhuatiri apabila mengabungkan gen organisma yang bertoksik pada tumbuhan yang ingin diubahsuai menyebabkan pemakan yakni manusia mengalami masalah kesihatan mereka.
3. Menurunkan tahap nutrisi pada tanaman. Secara teorinya pengubahsuaian genetik pada tanaman akan mengurangkan kadar nutrisi pada tumbuhan yang diubahsuai. Contohnya pada kacang soya di mana kajian mendapati kacang soya yang diGMO melalui kejuruteraan genetik ini menghasilkan phytoestrogen tahap sangat rendah berbanding dengan kacang soya non-GMO. Kompound phytoestrogen adalah satu bahan kimia dalam soya yang boleh mengurangkan serangan penyakit hati dan kanser (Bakshi:2003).
4. Membunuh serangga pendebunga. Selain kesan buruk GMO's kepada manusia, ia juga memberi masalah besar kepada alam sekitar. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Iowa State University mendapati bahawa kematian sejenis rama-rama pemakan milkweed jagung yang dikenali sebagai Monarch Butterfly ini disebabkan jagung GMO, gen Basilus thurengetis di dalam gen jagung melalui nobel protein menghasilkan racun sendiri untuk membunuhnya. Apa-apa serangga yang menghampiri pokok jagung ini mengalami kematian. Sama kes di negara Afrika di mana jagung GMO ditanam oleh petani secara besar-besaran menyebabkan nyamuk di sekitarnya pupus atau mati. Hingga kadar penyakit denggi rendah di kawasan itu. Namun pengkaji kes ini khuatir pokok jagung GMO juga akan membunuh pendebunga lain seperti lebah dan sebagainya. Ini akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Beliau dan pengikutnya berusaha menentang dan memberi kesedaran kepada penduduk agar menghentikan projek menanam jagung GMO di negara tersebut tetapi usahanya terhalang oleh kuasa politik wang di negara berkenaan.
5. Tumbuhan GMO mampu mendebunga tumbuhan dari spesis asli. Kes ini berlaku di Dakota di mana tanaman canola terbesar di USA dan juga terdapat pokok canola liar tumbuh berhampiran. Pengkaji mendapati setiap gen pokok canola asli mengandungi transgen dari canola GMO. Ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap tumbuhan asli yang dicemari gen dari pokok canola yang di genetikkan menerusi GMO.
6. Gen organisma yang digabungkan dalam tumbuhan kekal dalam badan manusia. Memakan tanaman GMO's yang mengandungi Bt (Basilus thurengetis). Kajian mendapati bahawa Bt dijumpai dalam darah ibu mengandung dan juga dalam fetusnya. Bukankah ini satu keburukan kepada kesihatan, imunisasi terhadap manusia?
ANTARA NEGARA MENGHARAMKAN PRODUK GMO MEMASUKI PASARAN MEREKA
Cuba dapatkan info di SINI bagi negara terlibat. Ada sesetengah negara mengharamkan sepenuhnya benih dan produk GMO dan sebahagian lagi hanya separuh.
CARA MENGHINDARI DARI PRODUK GMO
1. Setiap benih terutamanya jagung, kacang soya, canola dan kentang dari USA, 80% adalah GMO. Elak membelinya di pasaraya atau kedai. Termasuk makanan tin atau makanan ayam terutamanya dari produk jagung.
2. Tanam sendiri sayuran anda di rumah. Pilih variati jagung atau kacang soya heirloom untuk tujuan ini. benih jagung dan soya dari Jepun, Taiwan dan China masih selamat ketika ini kerana negara tersebut mengharamkan produk GMO memasuki pasaran mereka.
3. Beli produk tanaman orang kampung. Bukan sahaja organik malah benihnya adalah heirloom kecuali jagung manis yang mereka tanam, masih boleh diragui.
4. Elak membeli benih online daripada benih GMO.
5. War-warkan kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tentang keburukan GMO agar mereka tidak terbeli dan tidak termakan produk-produk tersebut.
Kesimpulannya, awasi pemakanan kita daripada produk GMO. Teliti dan sentiasa tingkatkan pengetahuan tentang GMO dalam diri anda agar kita mampu hindarinya dimasukkan ke dalam mulut. Namun kajian masih perterusan dijalankan oleh penyelidik mengenai kesan ke atas manusia. Apapun posisi anda sama ada mempertahankan makanan GMO's atau sebaliknya ia adalah keputusan masing-masing.

Selamat bertani dan menuai hasil.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar