Tani

Kamis, 02 April 2015

CARA DAN PANDUAN MUDAH MENYEMAI BENIH LADA BESAR (CAPSICUM)

Lada besar hijau
Lada besar atau cupsicum merupakan tanaman yang sangat sesuai ditanam di kawasan bersuhu hawa sederhana. Namun lada besar masih boleh ditanam di kawasan perumahan anda dengan cara penjagaan yang betul. Banyak bukti yang boleh kita tunjukkan tentang cupsicum boleh ditanam di kawasan tanah rendah khususnya halaman rumah pada pasu yang sesuai. Cuma kadang-kadang benih cupsicum sulit untuk bercambah tidak seperti benih tomato, buncis dan kacang panjang. Ia perlu ketelitian dari segi kualiti media, suhu, kelembapan dan selebihnya kita serahkan kepada alam sekeliling untuk membantunya bercambah. Berikut adalah panduan ringkas menyemai benih lada besar berdasarkan pengalaman tanomkinotuan menanam lada besar ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Tray semaian styorofoam. 

2. Tiga kilo tanah topsoil.

3. Satu kilo kompos.

4. Satu kilo peat-moss.

5. Setengah kilo pasir.

6. 10 hingga 15 biji lada besar.

7. Air untuk menyiram. Seelok-eloknya guna air non-klorin.

Cara penyediannya:

1. Rendam benih lada besar pada air sejuk selama 30 minit bagi melembabkan benih dan seterusnya kelembapan dapat memasuki ke dalam benih dan ia dapat mempercepatkan percambahan.

2. Campurkan tanah topsoil, kompos, peat-moss dan pasir sungai ke dalam satu bekas dan gaul hingga sebati.

3. Tray semaian styorofoam harus dicuci bersih dan keringkan di bawah cahaya matahari jika pernah digunakan sebelum ni.

4. Isikan media campuran tadi ke dalam cup styorofoam sehingga penuh. Padat-padatkan media tersebut.

5. Dengan menggunakan pensil /batang kayu buat lubang pada setiap cup styorofoam kira-kira 1/2 kedalamannya. Masukan sebiji benih lada besar pada lubang yang dibuat pada cup styorofoam dan timbus semula.

6. Siram media dan benih tersebut dengan air secukupnya. Simpan ditempat teduh tetapi masih terkena haba matahari.


Lada besar mula bercambah bermula hari ke-5 hingga hari ke-14. Bila sudah bercambah letak tray semaian di bawah terik matahari selama dua jam selama seminggu sehingga batang pokok lada besar kuat dan kukuh. Selepas 2 hingga 3 minggu, anda boleh mengalihkannya pada batas atau pasu yang sesuai. Penjagaan lada besar perlu sedikit perhatian untuk mendapatkan hasil yang baik.

Tips semaian lada besar:

1. Sekiranya anda tidak mempunyai stray semaian styorofoam. Anda boleh guna apa-apa bekas percuma seperti cup aiskrim, kontena, tupperware dan kotak kayu.

2. Anda juga boleh menggunakan media yang diambil sendiri di kebun, tanah di halaman rumah yang ditambah kompos dan pasir sungai dengan syarat perlu didedahkan sinaran matahari terik selama 2 minggu untuk mematikan mikrob jahat.

3. Menyemai lada besar boleh dilakukan sepanjang tahun tetapi paling sesuai semai lada besar di penghujung musim hujan. Suhu pada masa ini sesuai bagi percambahan lada besar.

4. Jangan guna 'kompos bakar' yang ada di pasaran. Sebaik-baiknya gunalah kompos asli dari kompos manure hijau (kompos tumbuhan) atau tinja binatang yang direputkan (manure).

5. Kekalkan kelembapan media semaian sehingga benih lada besar anda bercambah tetapi jangan terlebih basah/air. Ia akan mereputkan benih anda.

6. Kawal pembiakan kulit pada cup styorofoam anda dengan mendedahkan sekali sekala pada sinaran matahari. Ini berlaku apabila sekelilingnya sangat sejuk dan lembab.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar