Tani

Kamis, 12 November 2015

CAMBAHAN BENIH SALAD AMERIKA DALAM CUP PLASTIK


Percambahan Salad Amerika

Hujung tahun hingga awal tahun depan negara kita mengalami perubahan cuaca dari musim panas kepada musim hujan. Segala aktiviti sedikit terganggu termasuklah aktiviti bertani santai di halaman rumah. Musim hujan juga harga sayuran melambung tinggi sebab masa ini sayuran mengalami serangan teruk dari ulat pemakan daun dan juga bakteria perosak akar.

Menyemai benih ketika hujan dikatakan satu masalah besar jika menyemai langsung pada tanah. Curahan hujan yang lebat mengakibatkan benih beralih ke tempat lain. Oleh itu jika menyemai benih pada batas haruslah dibawah teduhan atau tapak semaian tersebut ditutupi dengan jaring hitam atau seumpamanya bagi mengelak daripada dirosakkan oleh hujan.

Pada entry hari ini tanonkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca cara dan kaedah semaian yang sangat praktikal dilakukan oleh mereka yang ingin menyemai benih ketika ini. Anda boleh mengatasi masalah dan hujan bukan lagi penghalang untuk kita bertani.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Cup plastik bersaiz kecil

2. 2 helai tisu dilipat sesuai dengan saiz cup plastik tersebut

3. Serum EM1 atau booster roti. Boleh juga menggunakan air biasa.


Cara penyediaannya:


1. Sediakan cup plastik, pastikan cup plastik bersih. Cuci dengan bersih dan keringkan jika menggunakan cup plastik kitar semula.

2. Lipatkan tisu mengikut saiz cup plastik.

3. Letakkan tisu tersebut ke dalam cup plastik.

4. Sembur tisu tersebut dengan serum EM1 atau Booster roti yang dicairkan mengikut nisbah 1:20 (1 bahagian EM1 dengan 20 bahagian air non-klorin. Tisu setakat lembab sahaja.

5. Seterusnya tabur benih salad amerika di atasnya. Benih jangan bertindih.

6. Tutup cup plastik dengan kejap dan letakkan cup plastik tersebut di tepi jendela atau mana-mana tempat yang terlindung tetapi masih terkena haba. Suhu diperlukan oleh benih untuk bercambah dengan baik.

7. Selalulah menjenguk cup tersebut kalau-kalau kering, sembur untuk melembabkannya semula. 

Benih Salad Amerika percambahannya sangat cepat, hari ini disemai dalam cup plastik, esok sudah ada benih yang keluarkan akar. Alihkan ke pasu bagi benih-benih yang sudah bercambah dan letak ditempat teduh terlebih dahulu, selepas seminggu barulah diletakkan ditempat terkena sinaran matahari.

Tanomkinotuan ingin menyemai benih dengan semaian dalam cup plastik. Oleh kerana setiap petang hujan lebat di tempat tanomkinotuan. Semain dalam cup plastik adalah cara yang sangat praktikal dan mudah. 

Cup-cup plastik tersebut tanomkinotuan letak ditepi jendela yang terkena haba matahari pada waktu pagi. Suhu berperanan untuk percambahan benih salad. Lagi pula menggunakan tisu bersih selamat daripada semai melalui tanah yang memungkinkan benih mati diserang bakteria kecuali media yang disteril.

Keesokan harinya, sebiji benih telah mula bercambah dan sempat dipindahkan pada cup plastik yang agak besar sedikit dan hari berikutnya benih-benih salad amerika mula bercambah semuanya dan sebahagian benih itu telah dipindahkan ke cup yang besar sedikit.




Agak terkejut dan teruja tanomkinotuan bahawa menyemai benih salad dalam cup plastik lebih cepat percambahannya berbanding disemai dalam tanah. Tanomkinotuan sering gagal menyemai benih salad menerusi semaian media tanah, oleh yang demikian pembaca boleh mengaplikasikan cara ini untuk menyemai benih salad anda. Teruja menanam pokok salad? Jom semai benih salad Amerika dengan dapatkan benih salad Amerika hanya RM2.90 sahaja. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar